Sinopsis Suamiku, Encik Perfect 10!

Zarief Daniel (Aaron Aziz), seorang ahli perniagaan yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur telah terserempak dengan seorang pelajar perubatan, Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) di lapangan terbang Heathrow. Hasil pertemuan ini menjadi titik tolak mereka menjadi suami isteri palsu selama seminggu. Semasa di London, pelajaraan Aleeya musnah pada separuh jalan gara-gara ditinggalkan kekasihnya, Syed Muzaffar (Syazwan Zulkifli) setelah mereka terlanjur. Setelah dibuang kolej, Aleeya mengambil keputusan balik ke Malaysia. Ketika di lapangan Heathrow itulah dia bertemu dengan Zarief Daniel dan dalam penerbangan yang panjang dari Kota London ke Kuala Lumpur itulah Aleeya meluahkan masalahnya kepada Zarief. Lalu Zarief sanggup menjadi suami palsu demi menyelamatkan Aleeya.

Dalam tempoh lakonan itu, terbit satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan sehingga Zarif terlupa tanggungjawab terhadap tunangnya iaitu Azura Hanim (Raja Ilya). Dalam kekalutan ini, tanpa diduga muncul Syed Muzaffar yang ingin menagih kembali cintanya dan bertanggungjawab terhadap anak yang dikandung Aleeya. Syed Muzaffar dan keluarganya hanya inginkan anak tersebut untuk mewarisi harta yang bakal diwarisi.

Dalam situasi ini, Zarief dan Aleeya masing-masing bingung dan keliru dalam menentukan pasangan hidup. Zarief juga dalam dilema untuk memilih Aleeya atau tunangnya, seorang model terkenal telah mendesak agar perkahwinan mereka dipercepatkan tanpa Zarief mengetahui niat sebenar Azura. Ketika Zarief sibuk dengan kerjaya di London, United Kingdom, Azura telah menjalinkan hubungan teman tapi mesra bersama Akram (Jehan Miskin). Kesetiaan Azura teruji apabila dia sah mengandungkan anak Akram hasil hubungan itu.

Rujukan

WikiPedia: Suamiku, Encik Perfect 10! http://news.asiaone.com/news/showbiz/aaron-aziz-se... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/lelaki-ha... http://www.bakul2011.com/2015/01/review-filem-suam... http://beautifulnara.com/filem-suamiku-encik-perfe... http://www.budiey.com/kejutan-menanti-di-malam-gal... http://www.guahavoc.com/2015/02/demam-suamiku-enci... http://www.imdb.com/title/tt1199300/ http://iskandarx.com/suamiku-encik-perfect-10-raih... http://www.kakitonton.com/2015/01/suamiku-encik-pe... http://merdeka-online.com/home/aaron-aziz-masih-la...